Ritual yang diadakan di pergunungan ini dinamakan Pesta Rambu Solo, ia diadakan menjelang pemakaman orang-orang yang dihormati.
Setiap tahun pesta yang berlangsung ini mengundang ribuan pelancong, Selain daripada berpesta , mereka ada satu ritual yang dinamakan Ma "NE NE" yaitu ritual membersihkan dan menukarkan pakaian jenazah.
Ritual ini memang terkenal dalam masyarakat Baruppun di pendalaman Toraja Utara. Biasanya , Ma 'Nene' dibuat setiap bulan ogos. Ketika Ma ' Nene ' berlangsung, peti-peti jenazah ,tokoh dan orang tua, dikeluarkan dari kubur dan diletakkan di tempat upacara.
Apabila , sanak saudara dan kaum kerabat sudah berkumpul, Secara perlahan, mereka keluarkan jenazah dan menukarkan pakaian yang melekat di tubuh mereka dengan pakaian yang baru, Mereka melayan mayat itu seolah-seolah mereka masih hidup.
Ritual ini dikatakan diadakan kerana untuk melepaskan ikatan pasangan dari roh, dan pasangan yang keseorangan itu boleh berkahwin lagi.
Mengikut kepercayaan mereka lagi, jika ritual ini tidak diadakan mereka akan ditimpa penyakit dan bala bencana.
Anda ada berani tukar pakaian mayat?
0 comments: